Walaupun penat mempertahankan, melupakan itu tetap satu kepayahan. Seandainya jika tiada sezarahpun ingatanmu padaku, cukuplah kau tahu aku pernah menjadi temanmu tika dulu. Teman yang sanggup buat apa saja untukmu. Bukan niat mengungkit apatah lagi menunjuk kebaikan... Cuma terbit sesalan yang tidak berkesudahan. Satu rasa yang gagal dirungkai jawapan. Rasa sebak itu bagai menjerut tangkai hati...bagai ditusuk belati... Terkilankah yang bersarang atau hanya perasaan yang menghantui fikiran.
Pernah rasa terkilan dan marah menyelubungi jiwa....kerana pertuduhan yang menjatuhkan aib...namun membencimu aku tak mampu... Memang betul kata mak ' aku kalau sayang kat kawan... aku buat apa saja untuk dia'. Akhirnya aku perlu sedar diri apa yang aku buat untukmu tak seberapa untuk dikenang. Kau dan aku kini dua dunia yang berbeza.... Seandainya Tuhan pertemukan kita nanti mampukah aku bersuara meluah gejolak rasa yang bersarang dalam jiwa...Bimbang terlalu lama.. bisa menjadi benah yang membinasa.. Jawapan sudah pun kau temui... aku hanya mampu menyusun bait-bait yang indah diatas kertas... namun aku bukanlah pendeklamasi yang gagah berbicara.....
Andainya kau tahu apa alasan aku tidak mahu jauh darimu tika dirimu jatuh tersungkur.... mampukah ia mengubah apa yang telah berlaku tika ini... Ia tidak akan merubah apa yang tersurat dmuka bumi ini... Seandainya kau tidak tersungkur tika itu...aku pasti kau tetap akan pergi tinggalkan aku... Kata orang kalau masa boleh diundur pasti hidup ini akan lebih indah jadiinya. Namun yang tersirat telah pun tersurat... segalanya telah tertulis begini...
' Aku tidak akan meninggalkanmu sewaktu kau tidak berdaya.... '
Aku tahu kau tidak akan membaca apa yang aku luahkan.... namun biarlah ia mampu meredakan gejolak rasa yang membelenggu diri selama ini...
Berbicara dengan pena adalah aku...
Awok 19 Jun 2011 12.23am