Andai ditakdirkan pertemuan ini satu anugerah…hargailah pertemuan ini dengan kenangan dan kemesraan yang terindah. Jangan sesekali kau ragui persahabatan ini, Kerana aku begitu menyayanginya. Ketahuilah, persahabatan ini bukan sekadar untuk kau dan aku, kerna ia merungkai makna yang lebih luas dan dalam. Ibarat tiada sempadan untuk diukur dan tiada jua dasar untuk diselam.
Sahabat,
Aku ingin kau menghargai diriku sepertimana aku menghargai dirimu. Aku ingin kau memahami diriku sepertimana dirimu cuba kumengertikan. Aku juga ingin kau mempercayai ketulusanku, seperti jua aku mematrikan kepercayaan itu buatmu. Pastinya ..aku ingin kau menyayangi nilai persahabatan ini sepertimana sayangnya aku pada dirimu sahabatku. Lantas terpatrinya persahabatan ini dilandasi penghargaan dan kepercayaan kau dan aku.
Teman,
Tidak engkau, tidak jua aku menyangka begini tersurat daripada sebuah pertemuan. Tiada jua kita menduga.. kita bertemu untuk meluah dan mendengar. Jika diibarat persahabatan ini menjadi landasan sebuah kebenaran..kau doronglah jalan untuk kita sama-sama ke seberang. Pastinya aku tidak mampu meredah apalagi merenangi keseorangan. Ku harap kekuatanmu kelak mampu dijadikan ilham kepada semua insan yang menyayangi dan menghargai dirimu . Biarlah teman-teman disekelilingmu melihat, menyelam dan memahami hati seorang insan tulus bernama sahabat di atas sebuah landasan persahabatan.
Sahabatku….
Dukamu ibarat duka dihatiku…. Lantas tidak kubenarkan airmatamu gugur di balik wajah tenangmu. Andainya terjadi , luka dihatiku menanah bagai dituba. Senyumanmu adalah kekuatanku…. Kerna itu aku mahu ia tetap kekal menjadi milikmu…. Pastinya senyuman itu tetap indah dibibirmu.. selamanya.
Seikhlas hatiku….